Isnin, 25 Julai 2016

Peranan Hutan Dalam Menentukan Pola Suhu Persekitaran

1.0 PENGENALAN

Kawasan kajian yang dipilih ialah Gunung Stong. Ianya terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan. Gunung Stong merupakan air terjun yang tertinggi di Asia dan juga merupakan salah satu kawasan rekreasi di Kelantan. Kawasan ini juga kawasan ekopelancongan yang bertemakan hutan semulajadi.

     Sebagai kawasan rekreasi, hutan berperanan dalam menentukan pola suhu persekitaran seperti mengekalkan kelembapan udara melalui proses perpeluhan yang membebaskan wap-wap air ke udara. Hutan juga berperanan menyederhanakan suhu persekitaran supaya tidak terlalu panas.

     Hutan yang ditebang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu. Suhu menjadi berubah akibat daripada kesan penyahutanan tanpa kawalan. Aktiviti penyahutanan telah menyebabkan suhu meningkan dan boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan banjir.

     Gunung Stong dipilih berdasarkan sebab-sebab berikut:-

a) Gunung Stong merupakan kawasan kajian yang mudah untuk saya membuat kajian kerana ianya terletak di kawasan yang mudah untuk dituju dan tempat yang sesuai untuk mengkaji suhu dengan selamat.

b) Kawasan kajian merupakan kawasan rekreasi yamg paling dekat untuk membuat kajian.

c) Terdapat pelbagai faktor budaya yang memudahkan saya untuk saya membuat kajian.

d) Kawasan kajian yang mempunyai tanah pamah dan tanah tinggi bagi memudahkan saya untuk mengukur sahu mengikut ketinggian.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah:-

2.1 Menganalisis pola suhu mengikut stesen.

2.2 Membincangkan hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan kajian.

2.3 Menghuraikan peranan tumbuhan terhadap pola suhu di kawasan kajian

2.4 Menjelaskan kepentingan hutan terhadap alam sakitar fizikal di kawasan kajian.

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Gunung Stong daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Taman negeri Gunung Stong merupakan kawasan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian puncak gunung 1,422 meter bersamaan 4,664 kaki dan keluasan keseluruhan sebanyak 21,950 hektar. Puncak Gunung Stong merupakan kawsan yang idel untuk melihat matahari terbit. Koordinat kawasan ini ialah 5.330 106,101.739 914. Kawasan ini juga mempunyai nilai ekopelancongan dan menjadi kawasan pemuliharaan dan pemeliharaan yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna seperti gajah Asia, seladang kambing gurun dan beberapa jenis spesis pohon herba yang hampir pupus.

Kemudahan yang disediakan di Taman Negeri Gunung Stong adalah seperti parking, tandas, pondok rehat, chalet, gerai, trek joging, dewan serbaguna, surau, jambatan gantung, dan tempat memasak. Jarak Gunung Stong dari bandar Jeli jika melalui Jalan Jeli ialah 50 Km, dari bandat Kota Bharu kira-kira 155 Km manakala dari bandar Gua Musang ialah sejauh 69 Km. Di sini terdapat beberapa jenis kemudahan seperti sekolah yang berdekatan dengan kawasan kajian, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan keretapi dan jalan sungai untuk menghubungkan kawasan Gunung Stong.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Untuk menjayakan kajian, saya menggunakan kaedah primer dan sekunder. Kaedah primer ialah pemerhatian dan pengukuran, manakala kaedah sekunder pula ialah rujukan.


4.1 Kaedah Untuk Memperoleh Data Primer

4.1.1 Kaedah pemerhatian

Kaedah pemerhatian banyak membantu saya dan rakan-rakan mendapat maklumat semasa menjalankan kajian. Kaedah ini dibuat di kawasan kajian pada 13 Julai 2016 tentang perbezaan suhu mengikut kawasan dan analisis perubahan suhu. Saya mendapati bahawa kawasan di tempat letak kereta suhunya lebih tinggi berbanding suhu di kawasan hutan dan suhu juga menjadi rendah apabila saya berada jauh di dalam hutan. Sebagai bukti, saya dan rakan-rakan semasa mengkaji perubahan suhu di kawasan kajian.

4.1.2 Kaedah pengukuran

Kaedah pengukuran digunakan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan bacaan. Suhu yang tepat mengikut tempoh dan tempat yang berbeza supaya dapat dianalisis. Nilai yang diperoleh membantu saya dan rakan-rakan semasa memperoses dapatan kajian. Beberapa jenis alatanyang digunakan semasa mengukur seperti termometer, pen dan kertas. Pengukuran dimulakan dengan menentukan stesen-stesen yang hendak diukur. Stesen tersebut diukur dengan jarak lebih kurang 20 meter mengikut garis lurus dari stesen 1 hingga stesen 10. Suhu diukur pada setiap stesen mengikut masa tertentu iaitu pada pukul 8.30 pagi, 1.30 tengah hari dan 6.00 petang. Suhu diukur dengan memegang termometer pada bahagian atas hujung termometer yang diletakkan diparas kepala. Data diambil selepas 3 minit termometer dipegang dan dicatat diatas kertas mengikut stesen-stesen tertentu.


4.2 Kaedah Memperoleh Data Sekunder

4.2.1 Kaedah Rujukan Perpustakaan

Tujuan kaedah rujukan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat sokongam tentang kepentingan hutan, perubahan suhu dan proses-proses terhadap alam sekitar fizikal yang ada dimuka bumi. Kaedah rujukan daripada akhbar, majalah, dan buku-buku teks geografi untuk mendapatkan maklumat. Buku daripada penulisan Haji Rusly Musa dan Hajah Nurashikin Abdullah banyak membantu saya.

4.2.2 Kaedah Rujukan Internet

Saya telah melayari laman sesawang untuk mencari rujukan yang berkaitan dengan suhu dan kepentingan hutan  untuk melengkapkan kajian saya.Beberapa laman web digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti blog-blog daripada kajian yang telah dijalankan oleh mereka yang berpengalaman. Kaedah ini jelas dapat memudahkan kerja-kerja penulisan saya.


5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Proses pengukuran

1. Keluarkan termometer dari sarung untuk mengstabilkan suhu.

2. Angkatkan termometer pada paras kepala.

3. Biarkan selama 3 minit sebelum mengambil bacaan.

4. Ambil bacaan suhu mengikut masa yang ditetapkan.

5. Rekodkan suhu dalam jadual.

6. Suhu diambil sebanyak 3 kali dalam masa yang berbeza.


5.2 Hubungan Antara Suhu Dengan Jarak Dan Suhu Dengan Masa Di Kawasan Kajian

5.2.1 Hubangan suhu dengan jarak dan litupan tumbuhan

     Berdasarkan graf yang saya perolehi didapati bahawa suhu mempunyai hubungan jarak dan litupan tumbuh-tumbuhan. Saya mendapati bahawa kawasan yang jauh daripada litupan tumbuh-tumbuhan suhunya tinggi manakala, kawasan yang banyak dengan tumbuh-tumbuhan suhunya lebih rendah. Contohnya di kawasan letak kereta iaitu stesen 1, stesen 2, dan stesen 3 suhunya tinggi berbanding stesen 8, stesen 9, dan stesen 10 yang berada jauh didalam hutan. Hal ini disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan berperanan menyejukkah suhu dikawasan sekitar. 

5.2.2 Hubungan suhu dengan masa

     Berdasarkan graf juga, saya mendapati bahawa suhu juga mempunyai hubungan dengan masa. Pada waktu pagi suhu di semua stesen agak rendah iaitu sekitar 25`C hingga 28`C. Pada tengah hari, suhunya meningkat dan mengalami perubahan bacaan termometer berbanding waktu pagi pada semua stesen iaitu antara 28`C hongga 30`C. Manakala pada waktu petang suhu mula menurun tetapi sedikit meningkat berbanding waktu pagi iaitu sekitar 25`C hingga 31`C. Pada waktu pagi suhu mula diukur pada pukul 8.30 pagi manakala tengah hari diambil pada pukl 1.30 pm dan akhir sekali pukul 6.00 pm pada waktu petang. Hal ini kerana, pada waktu malam tumbuh-tumbuhan melakukan proses respirasi dan membebaskan wap air yang menyejukkan permukaan bumi hingga ke waktu pagi. Pada waktu tengah hari permukaan bumi menerima bahangan dari matahari dengan suhu yang tinggi. Pada waktu petang bahangan matahari dibebaskan ke udara dan suhu permukaan bumi menjadi sedikit rendah kerana masa yang diambil untuk bahangan dibebaskan ke udara adalah lama.


5.3 Peranan Tumbuhan Terhadap Suhu

5.3.1 Menyerap bahangan

     Cahaya matahari yang dipancarkan pada waktu siang mengandungi bahangan yang tinggi. Tumbuh-tumbuhan melakukan proses perpeluhan yang tinggi dikawasan hutan. Hal ini menyebabkan proses sejatpeluhan juga tinggi dikawasan tersebut dan ini meningkatkan kadar wap air yang dibebeskan ke udara. Wap air tersebut berperanan menyerap bahangan dan menyederhanakan suhu di sekitar kerana dalam kandungan air terdapat haba yang dipanggil haba pendam. Oleh itu, semakin banyak wap air yang di bebaskan semakin rendah bahangn bumi di sesebuah kawasan.

5.3.2 Menapis bahangan (peranan kanopi)

     Semakin banyak tumbuhan di sesebuah kawasan maka semakin banyak kanopi di kawasan tersebut. Dengan adanya kanopi yang banyak dapat m enghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan bumi. Oleh itu, permukaan bumi yang banyak mengandungi banyak kanopi, suhunya menjadi lebih rendah dan kurang bahangan kerana dihalang kanopi tumbuh-tumbuhan. Maka pratus bahangan di kawasan tersebut lebih rendah berbanding kawasan yang kurang kanopi.

5.3.3 Meningkatkan kelembapan (preses sejatpeluhan)

     Kawasan yang banyak terdapat tumbuhan berdaun lebar dan malar hijau mengandungi kelembapan yang tinggi berbanding tumbuhan yang berdaun keci dan berdaun luruh. Hal ini kerana tumbuhan yang berdaun lebar akan meningkatkan kelembapan kerana saiz daunnya besar mengglakkan proses sejatpeluhan yang tinggi. Bagi tumbuhan yang berdaun malar hijau pula, akan mengekalkan kelembapan di kawasan sekitar kerana tumbuhan tersebut sentiasa melakukan proses sejatpeluhan sepanjang tahun.


5.4 Kepentingan Hutan Terhadap Alam Sekitar Fizikal

5.4.1 Terhadap Proses Atmosfera

Suhu yang sederhana di kawasan hutan dikaitkan dengan kelembapan udara yang tinggi dikawasan tersebut. Hal ini kerena tumbuh-tumbuhan melakukan proses respirasi dan menghasilkan wap air yang banyak terutamanya di kawasan hutan seterusnya dapat merendahkan suhu di sekitarnya sekali gus suhu menjadi rendah. Wap air yang tinggi di kawasan tersebut menggalakkan proses sejatpeluhan yang tinggi. Keadaan ini membawa kepada pembentukan awan dan menghasilkan kerpasan yang tinggi dan juga membolehkan udara menjadi bersih apabila hijan turun dengan membawa partikel habuk-habuk dan debu.

5.4.2 Terhadap Proses Hidrologi

Kerpasan yang turun dengan lebat ke permukaan bumi akan meningkatkan kadar air larian permukaan. Dengan adanya kanopi akar-akar pokok yang besar dapat mengurangkan halaju air larian permukaan dan menggalakan bahan-bahan angkutan pada akar tersebut iaitu seperti batu dan sampah-sarap. Ini dapat meningkatkan kuantiti air bersih ke saluran seperti sungai,tasik dan kolam.

5.4.3 Terhadap Proses Ekologi

Proses pernafasan haiwan dan manusia serta aktiviti manusia membebaskan banyak karbon dioksida dalam masa sehari. Manakala hutan malakukan proses respirasi yang menyerap karbon dioksida. Proses respirasi ini akan membebaskan oksigen ke atmosfera. Oleh itu, hutan merupakan tempat yang paling banyak menyerap karbon dan membebaskan oksigen ke atmosfera. Disebabkan itulah hutan merupakan kawasan sinki karbon dimana karbon-karbon yang terbebas di udara akan diserap oleh tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses respirasi. Hal ini juga menjadikan hutan sebagai habitat flora dan fauna kerana udara dikawasan hutan lebih bersih. Udara dalam alam sekitar yang bersih dan segar juga membolehkan flora dan fauna menikmati keselesaan tanpa gangguan pencemaran. Oleh itu, hutan dapat menyelamatkan flora dan fauna. Hutan juga dikatakan  berperanan menyimbangkan ekosistem. Ini secara tidak langsung mengekalkan kesimbangan ekosistem.

9 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. :) Sangat membantu!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Terima kasih. Blog anda amat membantu.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Thanks a lot! It's very helpful! :)

    BalasPadam
  6. Terima Kasih! Amat membantu :)

    BalasPadam
  7. Sangat membantu saya ... terima kasih

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. anak itik tok wi mandi dalam kolam

    BalasPadam